top of page
PERE.jpg

Modal Budaya  merupakan sebuah konsep sosiologi yang diperkenalkan oleh  Piere Bordeau.Budaya adalah modal. Modal budaya merupakan sumber budaya yang ada pada seseorang individu. Setiap individu mempunyai latar budaya yang tersendiri yang diperolehi  daripada kumpulannya. Mereka yang berlatar belakang kelas atas misalnya mempunyai budaya yang berbeza berbanding kelas bawah.

Sistem pendidikan mempunyai arbitari budaya yang sendiri yang merupakan variasi arbitari budaya kelas dominan.

Murid sekolah dinilai mengikut kriteria sejauh mana baiknya mereka boleh menyerap budaya tersebut

Kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas dominan mempunyai kelebihan dalam pendidikan.

Mereka mempunyai modal budaya untuk mencapai kehendak-kehendak pendidikan masing-masing.

 

  

bottom of page