top of page

TEORI BUDAYA SEKOLAH

•Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran,  pembelajaran,  kepemimpinan dan struktur organisasi.

•Budaya sekolah  yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan pembelajaran generasi  muda  khususnya  para  pelajar.

•Budaya  sekolah  yang  sihat  dapat  membantu  melahirkan generasi  pelajar,  keluarga  dan  pendidik  yang bekerjasama  dalam menjayakan  setiap  visi,  misi  dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007).

MODEL BUDAYA SEKOLAH

•1). Model OHI (Organization Health Inventory)

*Menurut Hoy dan Miskel (1996), telah mendefinisikan bahawa budaya sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.

•2). Model Iklim Organisasi

*Model ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan

3. ) Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)

•Dalam model ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehsuaian dan fleksibel.

bottom of page